MALANG menimpa lelaki ini apabila dia cedera parah selepas terjatuh dari tingkat sembilan sebuah bangunan pada 6 Oktober tahun lalu. Kejadian di New Jersey itu menyebabkan dia berada dalam keadaan kritikal dan dirawat selama dua bulan di sebuah hospital. Ketika kejadian, lelaki yang tidak didedahkan identitinya itu terjatuh ke atas bumbung sebuah kereta berjenama BMW. Menurut saksi, mereka turut mendengar bunyi solah-olah letupan kuat sebelum menyedari lelaki itu terjatuh di atas kereta berkenaan. Kereta tersebut turut mengalami kerosakan pada bahagian bumbung dan tingkap akibat hentakan kuat. Satu rakaman menunjukkan lelaki itu sedang menahan sakit sementara dia menanti kehadiran ambulans. Menurut jurucakap bandar New Jersey, Kimberly Wallace-Scalcione, mangsa sudah dibenarkan discaj pada bulan Disember. Punca kejadian bagaimanapun tidak didedahkan. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI