SEORANG wanita yang dikecam kerana mewarnakan anjingnya dengan merah memberitahu dia berbuat demikian kerana ia kelihatan comel, selain mahu mengelakkan haiwan itu dicuri. TikToker Chloe, dari Los Angeles, California di Amerika Syarikat (AS) menggunakan aplikasi itu untuk berkongsi klip mengenai haiwan peliharaannya baka Great Pyrenees bernama Dandy menerusi akaun @danthebigreddog. Chloe diminta untuk mempertahankan dirinya baru-baru ini selepas troll mengatakan bahawa dia mewarnakan anjing merah itu seperti mendera haiwan. Dia kemudian memberi dua sebab mengapa memilih untuk mewarnakan rambut anjing itu, dengan berkata: "Ia kelihatan sangat comel dengan warna merah." Menerusi alasan kedua, dia menambah: "(Saya melakukannya untuk) mengelakkan ia daripada dicuri. Ia merupakan baka yang jarang ditemui di kawasan saya." Dia menjelaskan bahawa tindakan itu membuatkan haiwannya sangat dikenali sehingga tidak masuk akal untuk seseorang mencurinya. Selain itu katanya, penggunaan warna yang terang juga membuatkan haiwan itu tidak akan dilanggar kereta. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI