SEPERTI mana individu lain yang sanggup berkorban apa sahaja untuk insan yang dicintainya, wanita ini juga tidak terkecuali. Namun siapa sangka, pengorbanannya berakhir dengan pengakhiran yang 'tragis'. Colleen Le mendermakan salah satu buah pinggangnya untuk menyelamatkan nyawa teman lelakinya. Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok, Colleen berkata teman lelakinya ketika itu disahkan menghidap penyakit buah pinggang kronik dan memerlukan dialisis. Bergelut untuk melawan penyakit tersebut, teman lelaki Colleen terdesak untuk menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang. Terlalu menyanyangi kekasihnya, Colleen rela mendermakan salah satu buah pinggangnya untuk menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Walaupun pengorbanannya besar, namun Colleen mendakwa teman lelakinya akhirnya curang. Bekas kekasihnya malah mengakui dia sudah beberapa bulan menjalin percintaan dengan individu lain beberapa bulan sebelum mereka berpisah. Video perkongsian Colleen mengenai kisah percintaannya yang tragis meraih 13 juta tontonan di TikTok. - Dailystar Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI