SEKUMPULAN rakan serumah digemparkan dengan penemuan misteri seperti kes jenayah, di loteng rumah disewa mereka di Fitzroy, Melbourne di Australia. Menerusi satu perkongsian di laman sosial, lelaki warga Australia, Matt Martin menunjukkan sesuatu yang aneh ditemui teman wanitanya di bahagian bumbung. Dinding loteng dipenuhi gambar-gambar seorang individu tidak dikenali yang kelihatan seperti pemain bola sepak. Kesemua bahan tersebut dilihat sebagai satu bentuk obses kepada jurugambar. Sementara itu, turut ditemui adalah beg mengandungi cecair merah yang kelihatan seperti darah. Matt berkata, barangan lain dalam koleksi tersebut adalah pakaian berdebu, but dan foto filem. Selain itu, terdapat juga sebuah beg berzip yang mengandungi pembalut yang sudah dipakai, rokok serta rambut. Orang ramai turut terganggu menyaksikan perkongsian yang dibuat menerusi akaun TikTok @mattmartin85 pada Ahad. Selepas membuat pemeriksaan dengan pihak polis, Matt memberitahu para pengikutnya bahawa tiada cebisan mayat ditemui. Dia bagaimanapun berkata, mereka perlu membersihkan dan membuang segala objek di loteng tersebut. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI