SEORANG lelaki Ireland diusir keluar pesawat Ryanair selepas dia membuka seluarnya di hadapan penumpang lain. Kejadian berlaku sebelum pesawat tersebut berlepas dari Alicante ke Dublin, Isnin lalu. Akibat tindakan biadab itu, dia dibawa keluar oleh polis pengiring untuk disoal siasat. Menurut seorang penumpang, dia terkejut dan takut apabila lelaki tersebut tiba-tiba membuka seluarnya. Jurucakap Ryanair turut mengesahkan kejadian tersebut. "Kru kami memaklumkan polis untuk mengusir penumpang tersebut. "Penerbangan lewat 40 minit gara-gara kejadian itu. Ryanair memohon maaf atas kelewatan yang berlaku," ujar jurucakap itu. - Daily Star. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI