suria

Lelaki jalin hubungan seks dengan kakak sendiri, kemudian bunuh kakaknya kerana tidur dengan orang lain

Guzman mempunyai rekod jenayah sebagai pengedar dadah pada tahun 2017. Foto: El Paso County Sheriff's Office

SEORANG lelaki dari Guatemala tergamak membunuh kakaknya sendiri kerana wanita itu tidur dengan lelaki lain.

Jose Manuel Guzman, 32, ditahan pada 2 Februari lalu selepas dia memukul kakaknya sehingga meninggal dunia.

Difahamkan, Guzman pernah melakukan hubungan seks dengan kakaknya.

Bagaimanapun, Guzman berang apabila mendapati kakaknya tidur dengan lelaki lain di dalam kediamannya.

Selepas memukul mangsa, Guzman menghubungi ibunya untuk mengadu mengenai kejadian itu.

Guzman sempat membersihkan bukti-bukti di lokasi kejadian, namun dia ditahan sehari selepas pembunuhan itu berlaku.

Dalam satu rakaman video, Guzman mengaku dia membunuh kakaknya.

Malah, dia juga mengaku ada mengambil dadah dan menghisap ganja setiap hari.

Pernah mempunyai rekod jenayah sebagai pengedar dadah pada tahun 2017, Guzman kini direman sementara menunggu perbicaraan. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain