BUKAN dua atau tiga kali, tetapi lelaki ini didapati positif untuk virus Covid-19 sebanyak 78 kali! Dek kerana itu, Muzaffer Kayasan, 56, dilaporkan sudah menjalani kuarantin sejak 14 bulan lalu. Muzaffer diuji positif Covid-19 buat kali pertama pada November 2020. Dia dimasukkan ke hospital dan diberi rawatan sehingga jangkitannya semakin pulih. Memandangkan penting untuk mengasingkan individu positif Covid-19 bagi mengawal penularan virus, Muzaffer tidak dapat bersosial langsung. Dia tidak dapat meluangkan masa bersama keluarganya dan tidak dapat bertemu rakan-rakan. Dia hanya boleh berbual dengan keluarganya menerusi tingkap. Memandangkan Muzaffer tidak diuji negatif walaupun sekali, dia tidak dapat menerima suntikan vaksin Covid-19. Situasi 'luar biasa' Muzaffer di mana badannya masih menyimpan virus tersebut selepas tempoh sekian lama, adalah disebabkan dia merupakan pesakit leukemia dan mengalami gangguan imun. Penyakit ini mengurangkan bilangan sel darah putih dalam badan pesakit dan menjejaskan imuniti mereka dengan teruk. Walaupun doktor memberi ubat untuk meningkatkan imuniti Muzaffer, namun prosesnya agak perlahan. - dnaindia.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI