'DATE' pertama seorang wanita dengan seorang lelaki tidak berlaku seperti yang dirancang sebaik dijemput dengan menaiki kereta. Menerusi satu perkongsian di laman sosial, Tonni menunjukkan keadaan dalam kereta lelaki berkenaan. "Baunya jauh lebih busuk daripada apa yang dilihat," katanya. Menaiki kereta Vauxhall Corsa warna hitam, Tonny mendapati dirinya dikelilingi dengan timbunan sampah dari ruang simpanan di tepi pintu, di bawah, di hadapan dan di sekeliling tempat duduk. Seluruh kawasan dalam kereta, katanya, dipenuhi pelitup muka terpakai, resit, kotak rokok kosong, sisa makanan, alat ganti dan penyedut minuman serta sepasang selipar. "Baru saja bertemu lelaki ini buat pertama kali, boleh dikatakan saya tidak akan berjumpa dengannya lagi," tulisnya. Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut dan mereka tidak dapat membayangkan bagaimana keadaan rumah lelaki tersebut. Susulan perkongsiannya tular, lelaki berkenaan membersihkan kereta dan mahu menjemput Tonni untuk 'date' kali kedua. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI