HANYA kerana mahu mengambil kain sari yang terjatuh, seorang ibu sanggup membahayakan nyawa anaknya sendiri! Klip video 'ngeri' itu memaparkan seorang remaja bergayut di balkoni tingkat 10 di sebuah pangsapapuri di Faridabad, India, menggunakan kain cadar untuk turun ke tingkat sembilan bagi mengambil sari ibunya. Dilaporkan, kain sari itu terjatuh di balkoni rumah yang berkunci di tingkat sembilan. Menerusi video itu juga, kelihatan si ibu dan beberapa ahli keluarga remaja tersebut menariknya menggunakan kain cadar ketika dia cuba mengambil sari di unit bawah. Kejadian itu dirakam oleh seorang penduduk yang menghuni bangunan bertentangan. Video tersebut yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan netizen terhadap tindakan 'bodoh' keluarga remaja terbabit. "Dia (ibu) sepatutnya menghubungi pekerja penyelenggaraan bangunan dan bukannya melakukan sesuatu yang sangat berbahaya," kata mereka. - India.com Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI