SEORANG lelaki berusia 37 tahun menerima padah selepas memasukkan seutas tali nilon sepanjang dua meter ke dalam zakarnya untuk memaksimumkan ereksi. Pesakit yang tidak dinamakan di Indonesia memasukkan tali tersebut ketika ereksi penuh ketika menonton video lucah. Dilaporkan, lelaki berkenaan tidak pernah melakukan hubungan intim sepanjang hidupnya, Menurut pasukan penyelidik di negara Asia, pesakit yang memasukkan objek ke dalam uretra (salur kencing) dan lambat mendapatkan rawatan boleh membawa kepada komplikasi serius. Kesannya termasuk jangkitan saluran kencing berulang, selain pembentukan batu dan urosepsis. Para penyelidik percaya bahawa segelintir individu memasukkan objek ke dalam zakar mereka kerana masalah psikiatri dengan tujuan untuk mencapai kenikmatan seksual. Cabaran untuk menangani kes-kes ini adalah pesakit tidak jujur mengenai apakah sebenarnya dilakukan mereka, sehingga menghalang diagnosis dan pengurusan rawatan. Dalam kes ini, lelaki berkenaan dimasukkan ke bilik kecemasan hospital selepas mengadu sakit di bahagian bawah perut. Kata mereka, komunikasi dengan pesakit adalah mencabar kerana perasaan malu dan sejarah kesukaran untuk bercakap. Mengakui sering menonton video lucah dan melakukan masturbasi setiap hari, pesakit berkenaan mengakui pertama kali memasukkan tali nilon ke dalam kemaluannya. Tali nilon tersebut berjaya dikeluarkan selepas beberapa hari dan pesakit kemudian dirujuk kepada jabatan psikiatri untuk penilaian lanjut mengenai tingkah laku seksualnya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI