SEORANG bekas guru kini berdepan hukuman penjara sehingga 41 tahun selepas memberi pelajarnya kek cawan yang dicampur dengan air mani bekas suaminya. Cynthia Perkins pada asalnya mendakwa dia tidak bersalah atas jenayah itu, tetapi kini telah menukar pengakuannya kepada bersalah. Wanita itu pernah berkhidmat sebagai guru di Livingston, Louisiana di Amerika Syarikat. Menurut laporan berita tempatan, dia turut mengaku melakukan beberapa jenayah seks lain. Mengenai kek cawan, Cynthia melakukannya bersama bekas suami, Dennis yang merupakan bekas pegawai polis SWAT berpangkat tinggi. Cynthia mengaku bersalah atas satu pertuduhan menghasilkan pornografi kanak-kanak, satu tuduhan rogol tahap kedua dan satu pertuduhan mencampur bahan berbahaya. Pertuduhan itu kemudian melibatkan penggunaan 'cecair' daripada badan Dennis yang diletakkan pada pastri yang diberikan kepada pelajarnya. Cynthia pada asalnya berdepan hukuman penjara 72 tahun, tetapi kini 41 tahun, dan juga akan memberi keterangan terhadap bekas suaminya dalam kes mahkamah akan datang. Pasangan itu pada mulanya menghadapi 150 pertuduhan jenayah termasuk rogol dan pornografi kanak-kanak. Cynthia juga dijatuhkan hukuman penjara setahun kerana insiden kek cawan bercampur air mani. Dia tidak lagi berkhidmat sebagai guru selepas penahanannya pada 2019. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI