suria

Pihak berkuasa Pakistan giat buru bomoh paku kepala wanita hamil, kononnya dapat lahirkan bayi lelaki

Hasil imbasan X-ray menunjukkan paku sepanjang lima sentimeter itu menembusi bahagian atas dahi wanita tersebut. Foto: Leon McGowran

PIHAK berkuasa Pakistan sedang memburu seorang 'ahli sihir' yang menusuk sebatang paku ke kepala seorang wanita hamil sehingga nyaris mencederakan otaknya.

Tindakan pelik bomoh berkenaan adalah satu ritual, kononnya dapat memberi jaminan bahawa wanita hamil itu akan melahirkan bayi lelaki.

Difahamkan, kewujudan bomoh sudah lama wujud dalam fahaman Sufi, dan sudah menjadi kebiasaan di Pakistan walaupun jelas sekali aktiviti tersebut bertentangan dengan Islam.

Di Asia Selatan, seorang anak lelaki dipercayai dapat menawarkan jaminan kewangan yang lebih baik kepada ibu bapa daripada anak perempuan.

Wanita itu tiba di sebuah hospital di bandar barat laut Peshawar selepas cubaannya mengeluarkan sendiri paku itu dengan playar menemui kegagalan, jelas Dr Haider Khan.

Imbasan X-ray menunjukkan paku sepanjang lima sentimeter itu menembusi bahagian atas dahi wanita tersebut.

"Dia sedar sepenuhnya, tetapi mengalami kesakitan yang amat sangat," jelas Dr Khan, yang mengeluarkan objek itu.

Ibu kepada tiga anak perempuan itu berkata dia mengandung cahaya mata keempat, yang juga seorang bayi perempuan, tambah doktor tersebut.

Wanita itu pada mulanya memberitahu kakitangan hospital bahawa dia sendiri yang memaku kepalanya atas nasihat seorang bomoh, namun tidak lama selepas itu, mangsa mengaku bomoh tersebut yang melakukan perbuatan tersebut. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain