suria

BF akhirnya buat kejutan selepas ‘couple’ 19 tahun, lamar dengan ukiran gergasi di pantai

Seorang lelaki membuat kejutan lamaran dengan ukiran gergasi atas pasir. foto corkbeo.ie

SEORANG lelaki membuat kejutan terhadap teman wanitanya pada Hari Valentine, apabila melamar menerusi mesej gergasi dengan ukiran atas pasir di pantai.

Patrick Dinneen sedang berjalan berpegangan tangan dengan teman wanitanya Mags Cleary di Pantai Inchydoney di Ireland sebelum melihat lamaran kahwin gergasi itu.

Menurut laporan CorkBeo, pasangan berkenaan yang menjalinkan hubungan selama 19 tahun, bermalam di spa berdekatan di pulau itu, sebelum bersiar-siar di tepi pantai.

Teman wanitanya terkejut melihat mesej " Mags Cleary, sudikah awak berkahwin dengan saya?" yang terukir di atas pasir.

Orang ramai turut tersentuh melihat paparan romantis itu yang dilakar dalam bentuk hati gergasi.

Pasangan itu merupakan ibu bapa kepada Daryl dan Robyn, masing-masing berusia sembilan dan tujuh tahun.

Mags menjangkakan perkahwinan pada masa akan datang.

Mereka masih belum merancang mengenai perkahwinan tetapi memaklumkan bahawa ia adalah hari yang pastinya dinantikan anak-anak. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain