TRAGIS apabila seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun membunuh diri selepas ibu bapanya enggan memberikan wang untuk menempah tiket wayang.
Kejadian yang menggemparkan itu berlaku di Telangana, India.
Kanak-kanak itu, P Navdeep dilaporkan merupakan peminat tegar pelakon Pawan Kalyan dan mahu menonton filem terbaharu lakonan bintang itu berjudul Bheemla Nayak.
Pelajar itu merancang untuk menonton filem tersebut bersama rakan-rakannya dan meminta wang ibu bapanya untuk menempah tiket terlebih dahulu.
Pada Isnin, kanak-kanak berkenaan meminta Rs 300 daripada ibu bapanya untuk menempah tiket lebih awal bagi filem itu yang akan ditayangkan pada 25 Februari depan.
Bagaimanapun, bapa kanak-kanak itu menolak permintaannya.
Kecewa dengan permintaannya ditolak, pelajar berkenaan menggantung diri di balkoni rumahnya.
Mayatnya hanya disedari selepas ahli keluarganya bertindak memecahkan pintu.- India Times
Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI