suria

Tangisan sayu dari kantin sekolah, bayi baru lahir dihurung semut

Warga sekolah digemparkan dengan penemuan bayi baru lahir di kantin. foto POLSEK RANTO PEUREULAK

KAKITANGAN sekolah digemparkan dengan tangisan bayi dari kantin sebuah sekolah di Ranto Peureulak di Aceh Timur, Indonesia pada Rabu.

Bayi lelaki itu dipercayai baru lahir dan dibuang oleh ibu kandung ditemui di kantin Sekolah Swasta Ibtidaiyah (MIS) Desa Tampak.

Ketua Polis Daerah Ranto Peureulak, Iptu Eko Suhendro berkata, pada mulanya warga sekolah mendengar tangisan seorang bayi.

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sampai 24 jam selepas dilahirkan, bayi masih bertali pusat dibuang dalam kotak air mineral

Sebaik menemui bayi itu, pegawai sekolah menghubungi ketua kampung, seterusnya ke Balai Polis Ranto Peureulak.

Bayi berkenaan dimandikan terlebih dahulu sebelum dibawa ke Pusat Kesihatan Ranto Peureulak.

"Keadaan bayi ini sangat sihat ketika dijumpai. Beratnya tiga kilogram dan ketinggiannya adalah 50 sentimeter.

"Ketika ditemui, bayi ini dibungkus dalam kain sarung dan diletakkan di atas meja kantin sekolah.

"Lebih menyedihkan apabila bayi ini dijumpai dengan badannya dipenuhi bintik merah akibat gigitan semut," katanya sambil menambah bayi itu menerima rawatan perubatan. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain