suria

Lelaki buat eksperimen aneh, makan daging mentah 78 hari berturut-turut

Lelaki ini memuat naik videonya memakan daging mentah setiap hari di akaun Instagram @rawmeatexperiment.

SEORANG penggemar daging menjalankan eksperimen 'aneh' untuk melihat sejauh mana dia boleh bertahan memakan daging mentah setiap hari.

Lelaki itu setakat ini telah berjaya 'mengharungi' 78 hari dengan memakan daging mentah kegemarannya, seperti dada ayam dan ikan, tanpa mengalami keracunan makanan.

Lelaki tidak dinamakan dari Amerika itu memuat naik videonya memakan daging mentah setiap hari di akaun Instagram @rawmeatexperiment, di mana dia berkongsi diet anehnya dengan lebih 60,000 pengikut.

Menerusi video berkenaan, lelaki itu dilihat membersihkan daging dengan telur atau susu.

Bukan hanya daging, dia juga menikmati apa jua bahan mentah termasuk hati lembu dan susu unta.

Dalam sorotan di Instagram Story, lelaki itu menjelaskan dia sebelum ini mengamalkan diet berasaskan tumbuhan tetapi mula mengalami masalah kesihatan.

Dia kemudian beralih kepada diet berasaskan daging dalam usaha untuk 'menyembuhkan dirinya'. - Metro.co.uk

Artikel Lain