suria

Wanita hamil nyaris hilang otak, sanggup serah kepala kepada dukun untuk ditusuk paku demi dapat anak lelaki

Paku hampir mengenai otak wanita tersebut.

SEORANG wanita hamil hampir 'kehilangan' otak selepas kepalanya ditusuk sebatang paku sepanjang lima sentimeter (dua inci) sebagai usaha untuk mendapatkan bayi lelaki.

Tindakan aneh itu dipercayai dilakukan pengamal sihir di Pakistan ke atas wanita yang menginginkan anak lelaki.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri tunggu masa nak bersalin, suami pula berkelakuan aneh... beri banyak petanda ajal menjemput - “Warna bilik kami putih, dia nampak hijau”

ARTIKEL BERKAITAN: Seram! Pesakit rakam makhluk aneh berjalan di koridor hospital

Perbuatan seumpama itu kemudiannya didedahkan seorang doktor yang terkejut apabila melihat paku menembusi dahi wanita tersebut ketika membuat x-ray pada Rabu.

Menurut Dr Haider Khan, wanita tersebut tiba di hospital Peshawar selepas tidak berjaya mengeluarkan paku yang ditusukkan ke kepalanya menggunakan playar.

Gambar x-ray menunjukkan paku yang ditusuk di kepala wanita hamil.

Gambar x-ray menunjukkan paku yang ditusuk di kepala wanita hamil.

"Dia sedar sepenuhnya, tetapi mengalami kesakitan yang amat sangat.

"Wanita itu memaklumkan, dia sudah mempunyai tiga anak perempuan dan sekarang sedang hamil seorang lagi anak perempuan," katanya yang berjaya mengeluarkan objek itu.

Sementara itu, polis Peshawar sedang memburu dukun yang juga pengamal sihir berkenaan bagi siasatan lanjut.

Wanita tersebut dirawat di hospital.

Wanita tersebut dirawat di hospital.

Difahamkan, perbuatan seumpama itu sudah diamalkan sejak sekian lama dan menjadi perkara biasa yang sering dilakukan wanita Pakistan.

Ini kerana, dakwaan mereka, anak lelaki dapat membantu sumber kewangan keluarga berbanding anak perempuan. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain