BAGI menyekat kemaraan Kremlin, seorang lelaki Ukraine yang tidak memiliki senjata nekad mempertaruhkan nyawanya dengan berdiri di hadapan barisan ketenteraan Rusia yang menaiki kenderaan perisai. Rakaman video yang menyayat hati itu turut memaparkan individu tersebut memukul kenderaan yang melintasinya dengan menggunakan tangan. ARTIKEL BERKAITAN: 57 maut Rusia lancar perang ke atas Ukraine ARTIKEL BERKAITAN: Perang Rusia-Ukraine: Anak perempuan tidak setuju Abramovich diharamkan memiliki Chelsea Bagaimanapun, kenderaan itu kelihatan mengelak dan melepasi lelaki berkenaan tanpa mencederakannya. Klip berdurasi 28 saat itu dipercayai dirakam orang awam yang berada di kawasan sekitar Crimea, Rusia iaitu selatan Ukraine sebelum ia tular di laman sosial Ukraine. Rata-rata pengguna media sosial menyifatkan lelaki tersebut sebagai 'orang kereta kebal' Ukraine kerana dia tidak gentar dengan kemaraan Rusia. Sebelum ini, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memberi amaran bahawa Rusia akan cuba menyerbu ibu negara mereka. Lelaki berkenaan cuba memukul kereta perisai itu. Dia berkata ‘banyak bandar sedang diserang’, termasuk Chernihiv, Sumy dan Kharkiv di utara, bahagian wilayah Donbas yang menjadi pertikaian dan bandar-bandar di selatan Ukraine. Malah dia turut menyeru rakyatnya untuk membakar kenderaan musuh dengan segala kemampuan yang ada. Sementara itu, beberapa negara termasuk United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS) menghentam Rusia dengan sekatan tambahan pada Jumaat. Nato sebelum ini berjanji untuk memperkukuh sayap timurnya manakala UK, AS dan Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan sekatan peribadi terhadap Putin di tengah-tengah amaran dia 'tidak akan berhenti di Ukraine.' Dalam pada itu, Putin mendedahkan, pencerobohan yang dilakukan adalah untuk menggulingkan pemimpin Ukraine yang dipilih secara demokrasi. - metro Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI