LANTAI bangunan sebuah pasar di Kepulauan Riau, Indonesia runtuh pada Sabtu Kejadian ini berlaku kira-kira jam 9 pagi, ketika pasar sedang sibuk dengan pengunjung. ARTIKEL BERKAITAN: Sebahagian struktur kondo dalam pembinaan runtuh, jumlah mangsa terperangkap belum diketahui Akibatnya, sebilangan peniaga dan pembeli yang berada di situ turut terjatuh ke dalam laut bersama runtuhan lantai bangunan tersebut. Malah, motosikal yang diletakkan di hadapan pasar itu turut terjatuh ke dalam laut. "Ini berlaku pada pukul 9 pagi. Saya berdiri di sini (depan bangunan pasar). Nampak lantai bawah," kata Neni, seorang penduduk yang ditemui di lokasi tersebut. Dua kanak-kanak turut terjatuh dan tersepit dalam kejadian itu. Orang ramai yang berada di lokasi kejadian segera membantu untuk mengeluarkan mereka untuk dibawa ke hospital. Untuk rekod, lokasi blok pasar ikan KUD Pasar Baru II, Daerah Tanjungpinang dibina di atas laut. Runtuhan lantai pasar berlaku apabila air laut naik secara mendadak. - Kompas. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI