PASUKAN tentera Rusia menghentikan serangan pada pukul 10 pagi waktu Moscow (3 petang waktu Malaysia) hari ini untuk membolehkan orang ramai dari bandar Mariupol dan Volnovakha di Ukraine dipindahkan melalui koridor kemanusiaan. Perkara itu dimaklumkan oleh menteri pertahanan Rusia, lapor Interfax. ARTIKEL BERKAITAN: Layanan penduduk Ukraine buat tentera Rusia menangis, bukan saja diberi makanan tapi pinjamkan handphone untuk hubungi keluarga! “Bermula 10 pagi waktu Moscow (3 petang waktu Malaysia), pihak Rusia mengisytiharkan gencatan senjata dan pembukaan koridor kemanusiaan untuk membolehkan orang awam meninggalkan Mariupol dan Volnovakha,” lapor agensi berita Rusia. Bagaimanapun, kementerian pertahanan juga berkata bahawa Rusia akan meneruskan serangan meluasnya di Ukraine. - Reuters. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI