suria

Instagram disekat di Rusia kerana ‘seruan keganasan’ terhadap Putin, tentera

Instagram akan disekat di Rusia kerana 'seruan keganasan' terhadap tentera Rusia. foto EPA

BADAN pemerhati media Rusia, Roskomnadzor berkata, Instagram akan disekat di negara itu kerana 'seruan keganasan' terhadap tentera Rusia.

Pemilik Instagram Meta berkata, ia akan membenarkan penggunanya di beberapa negara menyeru keganasan terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin dan tentera Rusia.

Ia akan membenarkan sementara beberapa posting 'keganasan' seperti 'kematian kepada penceroboh Rusia' yang biasanya melanggar peraturan di laman sosial itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Menyayat hati... pasangan meratap sedih di sisi mayat anak kecil berusia 18 bulan, antara korban termuda konflik Rusia-Ukraine

ARTIKEL BERKAITAN: Layanan penduduk Ukraine buat tentera Rusia menangis, bukan saja diberi makanan tapi pinjamkan handphone untuk hubungi keluarga!

Bagaimanapun, katanya, ia tidak akan membenarkan seruan keganasan terhadap orang awam Rusia.

Sebagai tindak balas kepada peralihan dasar Meta, Rusia menggesa AS untuk menghentikan 'aktiviti ekstremis' oleh gergasi media sosial itu.

Pada Jumaat, Pejabat Ketua Pendakwa Raya Rusia menggesa siasatan jenayah dilancarkan terhadap Meta, merujuk pada undang-undang propaganda dan ekstremisme Rusia, menurut satu kenyataan yang dipetik oleh agensi berita milik persendirian Interfax.

Tambah agensi itu, Pejabat Ketua Pendakwa Raya telah meminta badan pemerhati media negara Roskomnadzor untuk menyekat akses kepada Instagram berhubung 'pengedaran bahan maklumat yang mengandungi seruan untuk melakukan tindakan ganas terhadap warga Rusia, termasuk anggota tentera'.

Pada 4 Mac, Roskomnadzor berkata, ia menyekat akses kepada Facebook di Rusia kerana 'diskriminasi' terhadap media Rusia.

Meta memiliki Instagram, Facebook dan WhatsApp.

Bagaimanapun, WhatsApp kini tidak disekat di Rusia kerana ia merupakan platform pemesejan dan bukan rangkaian sosial. - BBC

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain