KERETA terpanjang di dunia tmemecahkan Rekod Dunia Guinness selepas ia dibaik pulih, yang kini berukuran 100 kaki (30 meter). Kenderaan itu mempunyai 26 tayar, sebuah kolam renang, padang golf mini dan helipad (landasan untuk helikopter), serta boleh memuatkan kira-kira 75 orang di dalamnya. Digelar American Dream, limosin itu dihasilkan pada 1986 oleh penyesuai kereta, Jay Ohrberg di California, Amerika Syarikat. ARTIKEL BERKAITAN: Gaun Pengantin Terpanjang Di Dunia ARTIKEL BERKAITAN: Wanita China sekali lagi pecah rekod dunia, miliki bulu mata sepanjang 8 inci! Pada asalnya, panjang kenderaan itu adalah 60 kaki (18 meter). Kereta dilengkapi dengan kolam renang dan padang golf mini. foto YouTube Ohrberg kemudian memanjangkannya sehingga 30 meter untuk merangkul rekod dunia dan kereta itu dipaparkan dalam beberapa filem sebelum disimpan di sebuah gudang di New Jersey. Lama-kelamaan kenderaan itu menjadi usang sehingga Michael Manning, pemilik muzium pengajaran teknikal Autoseum di New York, mengambil tugas besar dengan memulihkannya. Bagaimanapun, kos yang tinggi dalam memulihkan kenderaan sebesar itu memperlahankan usaha Manning. Helikopter boleh mendarat di atas kereta. foto YouTube Usaha Manning dalam memulihkan kereta tersebut kemudian diteruskan selepas mendapat penyumpang dana. Selepas dua setengah tahun, American Dream siap dipulihkan dan kini akan dipamerkan di Muzium Kereta Dezerland Park. "Kereta ini tidak boleh digunakan di jalan raya kerana terlalu panjang. Ia dihasilkan untuk dipamerkan," kata Manning. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI