suria

Demi kelihatan cantik, wanita sanggup ketepikan rasa sakit selepas bersalin 'czer'

Zee Zee membuat siaran langsung mengenakan solekan selepas pembedahan.

DEMI kelihatan cantik, seorang wanita sanggup bersolek dan merias wajahnya terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah walaupun selepas melakukan pembedahan bersalin (czer).

Walhal, proses bersalin adalah pengalaman menyakitkan yang terpaksa dilalui para ibu, malah dilaporkan terdapat wanita yang trauma dengannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta terpanjang di dunia... ada kolam renang, helipad, siap boleh main golf!

ARTIKEL BERKAITAN: Instagram disekat di Rusia kerana ‘seruan keganasan’ terhadap Putin, tentera

Tampil berbeza, Zee Zee merakamkan video dirinya sedang bersiap selepas melahirkan anak melalui pembedahan.

Menerusi video yang dikongsikan itu, dia memakai solekan penuh termasuk mengenakan bulu mata palsu dan melukis kening.

Rakaman dibuat di hospital sebelum dia meninggalkan hospital. Teman lelakinya melihat sambil memangku bayi.

Rakaman dibuat di hospital sebelum dia meninggalkan hospital dan teman lelakinya memandang pelik.

Selepas siap sepenuhnya, dia memusingkan kamera menghadap teman lelakinya yang dikatakan memerhati dirinya bermekap sambil memegang bayi.

"Teman lelaki saya sedang bingung melihat saya," katanya.

Tindakannya itu mendapat pelbagai reaksi dan kebanyakannya menyatakan akan melakukan perkara yang sama. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain