GAMBAR timbunan beg mayat yang diletakkan bersebelahan pesakit di hospital mengejutkan penduduk seluruh dunia. Difahamkan, Hong Kong ketika ini sedang bertarung dengan wabak Covid-19 yang tersebar luas di bandarnya sehinggakan kakitangan perubatan sukar untuk menangani peningkatan pesakit yang mendadak. ARTIKEL BERKAITAN: Padah aniaya anjing peliharaan, pasangan suami isteri dipenjara tiga bulan ARTIKEL BERKAITAN: Terlampau percaya 'waze', pemandu uber sangkut dalam parit Pesakit juga dilaporkan terpaksa menunggu berjam-jam di luar hospital kerana kakitangan tidak mencukupi. Mengulas tentang gambar tular, jurucakap Hospital Hong Kong meminta orang awam untuk memahami kesulitan yang dialami mereka berikutan bilik mayat dilaporkan sudah penuh. Hong Kong melaporkan 29,381 jangkitan Covid-19 pada hari Jumaat, di mana 10,493 daripadanya ditentukan daripada ujian pantas. Terdapat 3,150 kematian berkaitan wabak itu sehingga Khamis. Terdahulu, foto yang tular di Facebook pada Jumaat, menunjukkan enam beg mayat ditinggalkan di pengusung di sebelah tiga pesakit di wad hospital awam. Foto itu diambil di wad Kemalangan & Kecemasan Hospital Hong Kong Queen Elizabeth di Jordan, kata seorang doktor yang bekerja di hospital itu kepada HKFP. Difahamkan, gambar berkenaan diambil sekitar awal Mac. - HongKongfp Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI