suria

Menyayat hati... wanita maut dibedil kereta kebal Rusia ketika cari ubat untuk ibu sakit

Valeriia maut selepas kereta dinaikinya dibedil kereta kebal Rusia. foto Twitter/ Daily Star

TRAGIS apabila seorang wanita yang meninggalkan rumahnya di Kyiv, Ukraine bagi mendapatkan ubat untuk ibunya yang sakit dilaporkan maut selepas keretanya dibedil oleh kereta kebal Rusia.

Anak kelahiran Ukraine itu, Valeriia Maksetska terbunuh dalam satu kejadian di sebuah kampung di luar Kyiv, menurut satu kenyataan daripada agensi pembangunan antarabangsa USAID.

Pentadbir USAID, Samantha Power berkata, Valeriia, Irina dan pemandu mereka Yaroslav berada di dalam kereta menunggu untuk konvoi Rusia melalui sebuah jalan, sebelum sebuah kereta kebal membedul kenderaan dinaiki mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: Layanan penduduk Ukraine buat tentera Rusia menangis, bukan saja diberi makanan tapi pinjamkan handphone untuk hubungi keluarga!

ARTIKEL BERKAITAN: Menyayat hati... pasangan meratap sedih di sisi mayat anak kecil berusia 18 bulan, antara korban termuda konflik Rusia-Ukraine

Beliau mengesahkan bahawa ketiga-tiga mangsa maut dalam serangan itu.

Valeriia bekerja di Chemonics, sebuah firma pembangunan antarabangsa yang berpangkalan di Washington, Amerika Syarikat dan bekerjasama dengan USAID.

Dia memiih untuk membantu rakyat di Ukraine selepas pencerobohan Rusia, dan digambarkan sebagai wanita yang berani dan baik hati.

Ketua eksekutif Chemonics, Jamey Butcher menulis: "Ini adalah pekerja saya Valeriia (Lera) Maksetska. Dia terbunuh di sebuah kampung di barat Kyiv ketika cuba mendapatkan ubat untuk ibunya yang sakit.”

Menurut Samantha, Valeriia baru menyambut hari lahir ke-32 sebelum dibunuh oleh tentera Rusia. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain