SEORANG isteri bertindak menetak kemaluan suaminya selepas menggunakan kamera pengintip bagi melihat kelakuan mencurigakan suaminya terhadap anak saudara perempuan sendiri. Wanita yang berasal dari Son La, Vietnam itu memasang kamera di tepi katil di bilik tidur gadis itu selepas mangsa mengadu beberapa kali mengenai sikap pelik bapa saudaranya. Polis memberitahu laporan bahawa lelaki itu telah berulang kali terlibat dalam kegiatan yang tidak baik terhadap mangsa. Wanita itu dikatakan membeli webcam dan meletakkannya di sisi katil anak saudara. Pada 18 Mac lalu, dia memeriksa kamera dan mendapati kelakuan 'pelik' suaminya terhadap gadis itu. Suspek memberitahu polis, dia membeli sebilah pisau dan menunggu sehingga suaminya tidur pada 19 Mac lalu sebelum menetak kemaluannya. Susulan kejadian itu, dia menyerah diri di balai polis dan membuat pengakuan telah melakukan perkara tersebut. Menurut laporan Blogtuan.info, polis sedang menyiasat rakaman insiden itu, di mana luka yang dialami mangsa begitu teruk sehingga pasukan perubatan tidak dapat menyelamatkan zakarnya. Mangsa dibawa ke bilik kecemasan di Hospital Besar Wilayah Son La tetapi kerosakan yang begitu teruk menyebabkan mereka tidak dapat menyelamatkannya. Sementara itu, Dr Dinh Khac Truong berkata, pembedahan itu amat sukar bagi doktor kerana lukanya parah dan kulit kemaluan telah hilang, menjadikannya sukar untuk dibentuk. "Selain itu, zakar yang dipotong dengan pisau memerlukan doktor merawat luka, mencuci bahagian yang terputus dengan betul untuk mengelakkan jangkitan," katanya. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI