suria

Selepas 500 tahun pupus, saintis cuba ‘hidupkan’ semula burung dodo

Pakar berjaya menyusun keseluruhan genom makhluk itu, yang bermakna mereka berupaya menghasilkan klon burung dodo pada masa hadapan. Foto: Getty.

SAINTIS percaya mereka mampu mengembalikan semula burung dodo yang pupus sekitar 500 tahun lalu.

Burung berketinggian tiga kaki (0.9 meter) itu pernah mendiami kepulauan Mauritius sebagai habitat mereka, suatu masa lalu.

Dalam perkembangan terbaharu, pakar berjaya menyusun keseluruhan genom makhluk itu, yang bermakna mereka berupaya menghasilkan klon burung dodo pada masa hadapan, lapor UNILad.

Para saintis boleh menyunting DNA burung merpati untuk memasukkan dodo kerana kedua-dua makhluk itu berkongsi ciri genetik yang sama, lapor The Telegraph.

Beth Shapiro, seorang profesor di Royal Society of Medicine mendakwa bahawa perkara itu tidak mustahil untuk dilakukan.

"Mamalia lebih mudah untuk diklon," katanya.

Namun katanya, proses melakukan klon burung bukanlah satu perkara mudah.

"Cara yang boleh kami lakukan adalah dengan melakukan klon, pendekatan yang sama yang digunakan untuk mencipta Dolly the Sheep, tetapi kami tidak tahu bagaimana untuk melakukannya dengan burung kerana kerumitan laluan pembiakan mereka.

"Jadi perlu ada satu lagi pendekatan untuk burung dan ini adalah satu halangan teknologi yang sangat asas dalam kepupusan," ujarnya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain