suria

Pesawat China Eastern Airlines bawa 133 orang terhempas

Sebuah pesawat China Eastern Airlines terhempas, pada Isnin. (gambar fail) foto Bloomberg

SEBUAH pesawat China Eastern Airlines yang membawa 133 orang terhempas di pergunungan di selatan China, pada Isnin.

Ketika kejadian, pesawat itu dilaporkan dalam penerbangan dari bandar Kunming ke Guangzhou.

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat Rusia terhempas: Semua 28 penumpang, anak kapal terkorban

ARTIKEL BERKAITAN: Pesawat terhempas di Tehran, semua 167 penumpang dan anak kapal maut

Menurut CCTV, pesawat berkenaan adalah jenis Boeing 737, dan jumlah mangsa yang terkorban belum diketahui.

Tambah laporan itu, usaha menyelamat sedang dilakukan.

Menurut Flightradar24, tiada maklumat mengenai punca nahas pesawat 737-800 berusia enam tahun itu.

Data FlightRadar24 menunjukkan penerbangan China Eastern dari Kunming ke Guangzhou berlepas pada pukul 1.11 tengah hari (0511 GMT).

Penjejakan penerbangan berakhir pada pukul 2.22 petang (0622 GMT) pada ketinggian 3,225 kaki dengan kelajuan 376 knot.

Ia sepatutnya mendarat pada pukul 3.05 petang (0705 GMT).

Rekod keselamatan industri penerbangan China adalah antara yang terbaik di dunia sepanjang sedekad lalu.

Menurut Rangkaian Keselamatan Penerbangan, kemalangan maut terakhir membabitkan pesawat China pada 2010, dengan 44 daripada 96 orang yang menaiki pesawat itu terbunuh.

Pesawat Embraer E-190 oleh Henan Airlines itu terhempas ketika menghampiri lapangan terbang Yichun dalam jarak penglihatan yang rendah. - Reuters

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain