suria

Mi sup juadah terakhir, ibu maut selepas tertelan gigi palsu

Seorang wanita maut selepas tertelan gigi palsu. -gambar hiasan

SEORANG bidan berusia 51 tahun maut selepas tertelan gigi palsu.

Wanita itu tidak dapat diselamatkan dengan pembedahan selepas disahkan positif Covid-19.

Anak mangsa, M Anugerah berkata, dalam kejadian pada 24 Februari lalu, ibunya sedang menikmati mi sup.

Menurutnya, mi sup yang dibelinya merupakan permintaan ibunya.

Bagaimanapun, ibunya, Siti Zubaidah berhenti makan selepas suapan kelima.

Mangsa tersedak kerana merasa seperti sesuatu tersangkut dalam kerongkongnya.

"Bila diperiksa ternyata gigi palsu tertelan bersama makanan yang dimakan ibu," kata Anugerah di hospital di Punggulan, Kecamatan Air Joman, daerah Asahan di Indonesia.

Menurut Anugerah, dia dan ahli keluarganya cuba menyelamatkan ibunya namun gagal, sebelum dikejarkan ke hospital.

Keluarganya terkejut apabila dimaklumkan bahawa ibunya disahkan positif Covid-19.

Ini kerana mangsa dalam keadaan sihat dan tidak mengalami sebarang gejala.

Ekoran itu, rawatan menjadi perlahan dan pembedahan ke atas Siti Zubaidah tidak dapat dilakukan sebanyak dua kali.

"Selepas ibu lemah, barulah pembedahan membuang gigi palsunya dilakukan," ujar Anugerah dalam nada kesal.

Bagaimanapun, pegawai perhubungan awam hospital, Rosario Dorothy Simanjuntak berkata, Siti Zubaidah dijangkiti Covid-19 menyebabkan pembedahan terpaksa dibatalkan.

"Namun, gangguan menelan dan jangkitan seterusnya berlaku pada pesakit yang menyebabkan pembedahan perlu dijalankan segera dengan tujuan utama untuk memenuhi keperluan nutrisi pesakit serta mengeluarkan bendasing (gigi palsu) yang ditelan," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain