suria

Buka aircond, tingkap ditutup rapat... lelaki tidur dalam kereta meninggal dunia

Kata polis, punca kematian masih dalam siasatan. Foto: iStockphoto/Artem Furman.

RAKAMAN memaparkan seorang lelaki meninggal dunia dalam sebuah kereta di Duren Sawit, Jakarta Timur, Indonesia tular di media sosial.

Mangsa berkemungkinan meninggal dunia akibat keracunan gas monoksida ketika tidur di dalam kereta dengan pendingin hawa dipasang dan tingkap kereta ditutup rapat.

ARTIKEL BERKAITAN: Budak 4 tahun mati lemas dalam kereta, bapa terleka niat mahu tinggal seketika sahaja

Ketua Polis Daerah Duren Sawit, Kompol Suyud berkata, kejadian itu terjadi pada Jumaat sekitar pukul 6.30 petang.

Mangsa merupakan seorang lelaki berusia 40 tahun.

Suyud berkata, pihaknya sudah memeriksa keadaan mangsa ketika ditemui mati.

Dakwaan mangsa meninggal dunia akibat keracunan gas monoksida masih belum dapat disahkan oleh pegawai.

"Tiada juga tanda-tanda keganasan. Kalau (mati akibat) gas monoksida atau racun, itu jauh. Tetapi menunggu keputusan bedah siasat," jelas Suyud.

Daripada hasil pemeriksaan di lokasi polis juga tidak menemui sebarang tanda-tanda kecurian yang dialami mangsa.

Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Citpo Mangunkusomo.

Polis masih menunggu keputusan pemeriksaan hospital bagi mengenal pasti punca kematian.

“Punca kematian mangsa masih dalam siasatan sekarang,” jelas Suyud. - Detik.com.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain