suria

Akibat terlalu letih, tentera Rusia sanggup tembak kaki sendiri

Dakwaan mengatakan tentera Rusia mencari peluru Ukraine supaya dapat menembak kaki sendiri.

DEMI 'melepaskan' diri daripada terus mengangkat senjata dalam konflik pencerobohan di Ukraine, tentera Rusia kini mula menembak diri mereka sendiri.

Malah, sebahagian daripada mereka yang ditugaskan untuk menyertai peperangan itu sejak tiga minggu lalu sudah mulai letih dan dianggarkan 7,000 daripadanya terbunuh.

ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh insiden Putin patahkan pensel ketika rundingan bersama Ukraine

ARTIKEL BERKAITAN: Limosin Putin bernilai hampir RM800 juta, direka seperti ‘kubu mudah alih’

Difahamkan, sekiranya mereka 'melarikan' diri daripada tugasan berkenaan, hukuman berat akan dikenakan.

Ekoran itu, sebilangannya mengambil tindakan drastik dan ekstrem dengan menembak kaki sendiri supaya dapat pulang ke rumah dengan segera.

Tentera Rusia perlu sokongan moral yang tinggi.

Tentera Rusia perlu sokongan moral yang tinggi.

Dalam satu perbualan yang dipintas dan didedahkan kepada umum pada Sabtu (12 Mac), seorang askar Rusia kedengaran berkata: "Mereka telah menembak kami selama 14 hari. Kami takut. Kami mencuri makanan, memecah masuk rumah dan membunuh orang awam."

"Pegawai Rusia menembak diri mereka di kaki untuk pulang ke rumah. Terdapat mayat di mana-mana dan mereka mengumpul lapan gerabak kargo 200."

Laporan yang didedahkan Amerikan itu juga menyatakan, tentera Rusia mempunyai semangat yang lemah sehingga sanggup meninggalkan kenderaan mereka dan berjalan kaki ke dalam hutan. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain