suria

Sering keluar kelas, sekolah nekad kunci pintu tandas

Pihak sekolah menyatakan tindakan itu wajar dan tidak akan mengubahnya. Foto SWNS

RATUSAN Akademi Hoo, Kent memasang pintu pagar yang boleh dikunci bagi menghalang murid menggunakan tandas semasa sesi pembelajaran.

Ekoran itu, ibu bapa menyifatkan tindakan tersebut memaksa mereka mengehad kuantiti air yang diminum anak-anak sehingga menyebabkan golongan tersebut sering sakit kepala apabila pulang dari sekolah.

ARTIKEL BERKAITAN: Lebih 800 gigitan... Pelajar sedia 'keluar' rumah walau telinga, muka terkoyak diserang anjing

ARTIKEL BERKAITAN: Ingin kelihatan seperti patung barbie, wanita sanggup lakukan pembedahan plastik... kos melebihi setengah juta

Bagaimanapun, pihak sekolah menyatakan bahawa sebelum ini murid dibenarkan menggunakan tandas jika mereka mempunyai pas dan pagar yang dipasang adalah sebagai langkah keselamatan.

Ibu Lauren Jewiss, 32, berkata seseorang yang mengalami sakit perut akan menjadi sukar dan tindakan itu sangat tidak adil.

"Adalah hak asasi manusia untuk pergi ke tandas. Sesetengah pelajar tidak pergi ke tandas pada siang hari dan mereka mempunyai setengah jam perjalanan bas untuk pulang sebelum mereka boleh pergi.

"Mereka pastinya tidak dapat pergi semasa makan tengah hari kerana perlu beratur untuk mendapatkan makanan, jadi mereka perlu membahagikan masa makan tengah hari antara makan dan beratur ke tandas pula," luahnya marah.

Sementara itu, sekolah dalam satu kenyataan memaklumkan, murid boleh mengakses tandas, perkhidmatan pelajar dan bilik pastoral sepanjang hari, tetapi harus mengikuti sistem sekolah yang telah dilaksanakan selama beberapa tahun.

"Tiada perubahan kepada polisi dan murid boleh menggunakan kemudahan akademi yang disediakan," tegasnya sambil menambah beberapa tandas disediakan di sekeliling sekolah dan murid bebas menggunakannya sama ada ketika rehat atau waktu makan. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain