suria

Lebih 800 gigitan... Pelajar sedia 'keluar' rumah walau telinga, muka terkoyak diserang anjing

Lantai rumah dipenuhi darah Jacqueline. - Foto CBS News

MANGSA gigitan anjing yang dianggarkan sebanyak 800 kali di bahagian muka, bersedia berhadapan masyarakat.

Jacqueline Durand, 22, yang juga pelajar di Texas dikatakan kehilangan 30 peratus darahnya selepas diserang anjing di bahagian telinga, hidung yang menyebabkan mukanya terkoyak sehingga kelihatan tengkorak.

ARTIKEL BERKAITAN: Hilang 5 hari, pelakon porno umur 24 tahun ditemui mati... rakan dalam industri tangisi pemergian

ARTIKEL BERKAITAN: Ingin kelihatan seperti patung barbie, wanita sanggup lakukan pembedahan plastik... kos melebihi setengah juta

Kejadian tersebut dilaporkan berlaku sehari sebelum sambutan hari lahirnya.

"Inilah masa sesuai untuk saya berhadapan dengan masyarakat dan saya tidak boleh terus takut.

Teman lelaki Jacqueline bersumpah akan terus bersamanya. - Foto CBS News

Teman lelaki Jacqueline bersumpah akan terus bersamanya. - Foto CBS News

"Saya mahu pemilik anjing mengenali haiwan peliharaan mereka supaya kedua-duanya dapat 'berkomunikasi' dengan baik," katanya.

Menurutnya lagi, perkara yang paling digeruni selepas kejadian itu adalah teman lelaki Nathan, 24, akan meninggalkannya selepas melihat kesan gigitan anjing di wajahnya.

"Nathan bagaimanapun tidak meninggalkan saya sebaliknya bersumpah untuk tinggal bersama dan saya tidak mempunyai alasan lain untuk tidak mempercayai kata-katanya," ujarnya.

Wajah asal Jacqueline Durand sebelum telinga, hidung dan wajahnya dikoyak anjing yang dijaganya. - Foto CBS News

Wajah asal Jacqueline Durand sebelum telinga, hidung dan wajahnya dikoyak anjing yang dijaganya. - Foto CBS News

Dalam pada itu, ujar Jacqueline, dia berasa sedikit kesal kerana pemilik anjing iaitu Dr Justin Bishop dan isteri Ashley tidak menghubunginya sejak kejadian serangan anjing.

Difahamkan, pelajar Universiti Texas di Dallas itu merupakan penjaga kepada anjing yang menyerangnya. - Metro

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain