GEMPA bumi kuat berukuran 7.3 pada skala Richter di perairan Jepun telah mencetuskan dua tsunami kecil pada Rabu. Ombak berketinggian 20 sentimeter melanda Sendai dan Perairan Ishinomaki yang mana 39,000 penduduk diarah berpindah ke Wilayah Miyagi, lapor Agensi Meteorologi Jepun. ARTIKEL BERKAITAN: Gempa bumi 7.3 magnitud gegar Jepun, lebih 100 cedera Setakat ini, empat individu disahkan meninggal dunia manakala lebih 100 cedera di bandar Soma, Fukushima. Menurut Reuters, puluhan ribu kediaman bergelap tanpa bekalan eletrik selama lebih 10 jam selepas gempa melanda. Bangunan-bangunan di Tokyo juga bergegar kuat ketika gempa tersebut melanda. Pihak berkuasa Jepun turut meramalkan gempa susulan dengan gegaran hampir sama akan melanda pada minggu depan. Lebih sayu, gempa itu berlaku hanya beberapa hari selepas ulang tahun ke-11 insiden reaktor nuklear di Fukushima 2011. - Indipendent. Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI