suria

Pengembara masa dakwa 3 peristiwa bakal ‘gegarkan’ dunia tahun ini... ada apa dengan tarikh 17 jun dan 16 September?

Individu itu mendakwa tiga peristiwa akan berlaku dalam tahun ini pada tiga tarikh berbeza. (Gambar Hiasan BERNAMA)

INI bukanlah kali pertama ada individu mengaku dirinya merupakan pengembara masa.

Kali ini, seorang individu mengaku datang dari tahun 2236.

ARTIKEL BERKAITAN: Pengembara masa dedah 3 peristiwa yang akan berlaku pada 11 Mac, 19 April dan 17 September 2022

Dalam satu posting yang meraih lebih 14 juta tontonan, individu itu mendakwa tiga peristiwa akan berlaku dalam tahun ini pada tiga tarikh berbeza.

"Orang tak percaya saya pengembara masa, ini beberapa peristiwa besar yang akan berlaku tahun ini.

"Pada 17 Jun, haiwan terbesar dalam lautan akan ditemui di Lautan Pasifik.

"Pada 16 September, seorang pemuzik terkenal yang telah mati akan muncul semula dan mengaku dia memalsukan kematiannya selama ini.

"Menjelang akhir tahun, robot akan meningkat 20 peratus bagi menggantikan pekerjaan manusia," ujarnya.

Mengenai pemuzik yang memalsukan kematian, beberapa netizen mendakwa Michael Jackson atau Tupac merupakan individu yang dimaksudkan oleh pengembara masa itu.

Namun, ramai juga yang tidak percaya dan menganggap pengembara masa itu sebagai penipu. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain