suria

Jual 'tights' demi kelangsungan hidup, ibu anak tiga tidak peduli pandangan masyarakat... jana lebih RM270,000 dalam tempoh kira-kira dua tahun

Lizzy tidak peduli pandangan masyarakat terhadap dirinya.

SEORANG ibu kepada tiga cahaya mata yang berpangkalan di Cornwall, England terpaksa bergelut untuk mendapatkan wang demi menyara keluarga susulan peningkatan kos sara hidup akibat penularan wabak Covid-19.

Kesusahan yang dialami menyebabkan dia menjual seluar 'tights' miliknya dengan harga £45 (RM247) sehelai menerusi platform sosial dewasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Langit Sepanyol bertukar jingga, rakyat dinasihat jangan keluar rumah... rakyat Britain juga bakal terancam

ARTIKEL BERKAITAN: Balu kecewa didenda RM548 gara-gara bawa anjing ziarah kubur

Lizzy Groombridge yang berketinggian 188 sentimeter berkata, dia memperoleh £50,000 (RM274,935) melalui penjualan seluar panjang bercorak sejak memulakan perniagaannya kira-kira 18 bulan lalu.

Difahamkan, pendapatannya hampir dua kali ganda dengan gaji purata di United Kingdom.

Lizzy mengatakan, permintaan untuk produknya sangat tinggi sehingga dia terpaksa melakukan perjalanan mingguan ke Primark dan kedai lain untuk menyimpan stok seluar panjang ketat yang berukuran 39 inci.

Menurut wanita berusia 27 tahun itu, dia tidak peduli dengan apa yang masyarakat fikirkan kerana pandangan mereka tidak membayar hutang bil yang dimiliknya.

"Idea itu tercetus apabila orang mula mendekati saya di TikTok.

"Saya melakukan banyak video yang berkaitan dengan ketinggian saya termasuk memakai seluar ketat di dalamnya sehinggakan saya menerima mesej yang bertanyakan sama ada mereka boleh membelinya daripada saya," katanya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain