suria

Bapa namakan 4 anak dengan hanya 1 huruf... alasannya kalau nama panjang pun tetap disebut pendek

Seorang bapa menamakan anak-anaknya dengan hanya satu huruf. -gambar hiasan

SEORANG bapa di Banyuwangi di Jawa Timur, Indonesia hanya menamakan satu huruf untuk keempat-empat anaknya.

Lelaki berkenaan, Sukari menamakan anak-anaknya dengan V, J, L dan N.

Sukari mendedahkan anak pertamanya diberi nama V, kini berusia 18 tahun dan belajar di sekolah menengah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sempoi! Suami isteri namakan 11 anak dengan 4 huruf sama

ARTIKEL BERKAITAN: Unik atau pelik... X Æ A-12 nama anak ke-6 jutawan Elon Musk

Anak kedua pula bernama J, belajar darjah lima, manakala anak ketiga berusia lima tahun bernama L.

Anak bongsunya pula berusia dua tahun dinamakan N.

Keputusan Sukari untuk menamakan anak-anaknya dengan satu huruf bagaimanapun mendapat tentangan daripada keluarga.

Dia kemudian memberikan penjelasan berhubung nama anaknya, sehingga lama-kelamaan keputusannya itu diterima.

"Semua dalam proses (permohonan), nanti lebih baik. Contohnya nama V dah sedap.

"Nama panjang-panjang pun tetap dipanggil satu perkataan saja. Saya beritahu macam tu," kata Sukari, pada Rabu.

Sukari turut memberitahu nama satu huruf itu dipilih kerana dia dan isteri mahu nama yang ringkas buat anak-anak mereka.

"Sebenarnya saya cuma nak mudah sahaja, saya bincang dengan isteri.

"Nanti panjang-panjang (nama) pun disebut pendek saja.

"Alhamdulillah, dari surat beranak hingga KK (kad keluarga), proses berjalan lancar, tiada masalah," katanya. - Kompas

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain