suria

Label Putin sebagai ‘psikopat’, mayat model Rusia ditemui dalam beg pakaian setahun selepas dilaporkan hilang

Mayat Gretta ditemui disembunyikan dalam sebuah beg pakaian, lebih setahun selepas dia dilaporkan hilang.

MAYAT model Rusia yang pernah melabel Vladimir Putin sebagai seorang 'psikopat' telah ditemui disembunyikan dalam sebuah beg pakaian, lebih setahun selepas dia dilaporkan hilang.

Mayat Gretta Vedler, 23, ditemui selepas seorang rakan lelakinya, Evgeniy Foster, yang merupakan seorang penulis blog di Kharkiv, merasa curiga dan mendapatkan bantuan seorang rakan di Moscow untuk memfailkan laporan orang hilang.

Bekas teman lelaki Gretta, Dmitry Korovin, 23, mengaku mencekik model itu hingga mati pada Februari tahun lalu.

Korovin memberitahu penyiasat bahawa dia menghabiskan tiga malam di dalam bilik hotel dengan mayat Gretta, sebelum memasukkannya ke dalam beg pakaian baharu dan memandu sejauh 300 batu ke wilayah Lipetsk di mana dia meninggalkan beg pakaian itu di dalam but sebuah kereta.

Korovin juga memberitahu detektif bahawa dia terus membuat hantaran di media sosial Gretta agar rakan serta pengikut percaya model itu masih hidup.

Video yang dikeluarkan Jawatankuasa Penyiasatan Rusia menunjukkan Korovin melakukan lakonan semula bagaimana dia membunuh Gretta, dan membuat pengakuan penuh.

Hantaran Gretta mengenai Putin pada Januari 2021 bagaimanapun tidak dianggap berkaitan dengan kematiannya. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain