PENDUDUK di sebuah kampung digemparkan dengan penemuan bungkusan 'mayat' di dalam tong sampah. Bagaimanapun, mereka kemudian lega apabila mendapati objek yang disyaki mayat itu rupa-rupanya patung seks. Dalam insiden pada pagi Isnin, polis dipanggil untuk ke lokasi kejadian di luar kediaman seorang wanita berusia 30-an di in Big Wave Bay, Hong Kong selepas 'mayat' dikesan dalam satu bungkusan yang diikat dengan pita. ARTIKEL BERKAITAN: Kecoh bungkusan plastik berisi mayat di tepi tong sampah, siap pasang pita lokasi jenayah... rupa-rupanya patung seks! ARTIKEL BERKAITAN: Duda 56 tahun mati, kena serangan jantung ketika lakukan seks dengan anjing dan patung bersaiz Namun terdahulu kecoh menerusi WhatsApp dalam kalangan penduduk tempatan yang menyebarkan teori mereka bahawa orang luar mungkin bertanggungjawab terhadap pembuangan mayat yang mengerikan itu. Bercakap kepada Hong Kong Free Press, wanita tersebut mula-mula melihat anak patung itu ketika membuka tong sampahnya pada waktu pagi. Jelasnya, ia kelihatan seperti bahagian badan yang menyerupai kepala, bahu dan kaki. Susulan penemuan itu, dia menghubungi polis selepas berbincang dengan pekerja pembersihan. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI