BEBERAPA influencer Rusia memuat naik video bagi meluahkan kesedihan mereka, berikutan keputusan kerajaan untuk menyekat Instagram mulai Isnin. Bintang realiti TV berusia 36 tahun, Olga Buzova berkongsi video berdurasi tujuh minit pada Ahad, yang menunjukkan dirinya menangis teresak-esak kerana kehilangan pengikutnya. Bercakap dalam bahasa Rusia, katanya: "Saya baru sahaja berkongsi hidup, kerja dan jiwa saya. Saya tidak melakukan semuanya sebagai kerja, ia merupakan sebahagian daripada jiwa saya.ARTIKEL BERKAITAN: Instagram disekat di Rusia kerana 'seruan keganasan’'terhadap Putin, tentera "Rasanya seperti sebahagian besar daripada hati dan nyawa saya diragut," tambahnya. Influencer itu mengakhiri video dengan mengatakan dia akan pergi dan terus menangis. Menurut saluran berita Nexta TV, seorang lagi influencer Rusia menangis mengatakan Instagramnya adalah 'kehidupan semua'. "Sebagai influencer Instagram, adakah ini sebagai sumber pendapatan? "Bagi saya, ia adalah kehidupan semua. Ia merupakan sesuatu yang saya ikuti bila saya bangun, tidur, sejak lima tahun lalu. Segelintir influencer Rusia dikritik hebat kerana mengadu mengenai Instagram disekat, berbanding pencerobohan negara itu ke atas Ukraine. Rusia menyekat Instagram selepas platform itu berkata ia akan membenarkan rakyat Ukraine menyebarkan ancaman bunuh terhadap Presiden Rusia, Vladimir Putin. Laman sosial itu berkata ia mahu membenarkan rakyat Ukraine 'menyatakan bantahan dan kemarahan mereka terhadap pasukan tentera Rusia yang menceroboh negara itu'. - Daily Star Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI