suria

Obama positif Covid-19, seru orang ramai dapatkan vaksin

Obama umum diuji positif Covid-19 pada Isnin. Foto: Twitter Barack Obama.

BEKAS Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama diuji positif Covid-19 pada Isnin.

Dia membuat pengumuman itu menerusi laman Twitter kepada lebih 131 juta pengikutnya.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Kembar' Obama Di Malaysia

"Saya baru sahaja disahkan positif Covid-19. Tekak saya gatal-gatal buat dua hari, tetapi keadaan saya baik," ujarnya.

Dalam ciapan sama, Obama memaklumkan isterinya Michelle diuji negatif virus itu.

Obama turut memaklumkan bahawa dia dan isteri telah menerima suntikan vaksik serta dos penggalak.

"Michelle dan saya bersyukur kerana sudah divaksin dan menerima dos penggalak, dan dia negatif.

"Ia merupakan peringatan bahawa kita perlu divaksin biarpun kes dah menurun," tulisnya lagi. - CBS.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain