suria

Derita 13 tahun berakhir, gadis kepala senget selamat jalani pembedahan

Afsheen menjalani pembedahan di New Delhi pada minggu lalu.

SEKIAN lama menderita, gadis ini akhirnya mampu menjalani kehidupan seperti orang normal.

Afsheen Gul yang juga penghidap cerebral palsy pernah terjatuh ketika kecil, menyebabkan kepalanya menjadi senget 90 darjah.

ARTIKEL BERKAITAN: Influencer dedah hasrat jalani pembedahan untuk kecilkan saiz zakar

Kecederaan yang membawa kecacatan itu berterusan selama 13 tahun sebelum dia menjalani pembedahan pada minggu lalu.

Menerusi sumbangan dana oleh orang ramai melalui GoFundMe, remaja Pakistan itu akhirnya menjalani pembedahan di Hospital Apollo, New Delhi, India dengan kos £26,000 (RM142,217).

Pihak hospital berkata, Afsheen mempunyai peluang kurang 50 peratus untuk hidup jika menjalani prosedur itu, namun ia berjaya dilakukan dengan selamat.

Afhseen turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada doktor terlibat menerusi Instagram miliknya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain