suria

McDonald’s umum tutup sementara semua outlet di Rusia, orang ramai sanggup berbaris panjang dapatkan ‘menu terakhir’

Tangkap layar (screenshot) daripada video di Twitter menunjukkan barisan kereta yang panjang di luar restoran McDonald's.

MCDONALD'S awal minggu ini mengumumkan bahawa ia akan menutup sementara semua 847 restorannya dan menangguhkan operasi di Rusia.

Bagaimanapun, gergasi makanan segera itu berkata ia akan terus membayar gaji buat masa ini kepada 62,000 pekerjanya di Rusia.

Langkah itu dibuat ketika syarikat tersebut berdepan kritikan kerana gagal menarik diri daripada pasaran Rusia di tengah-tengah kemarahan antarabangsa terhadap pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Di tengah-tengah pengumuman tersebut, orang ramai di Moscow berbaris panjang di luar restoran makanan segera tersebut untuk mendapatkan apa saja yang difikirkan akan menjadi hidangan terakhir McDonald's mereka, sehingga rangkaian itu memutuskan untuk membuka semula cawangannya.

Dalam video berdurasi 12 saat yang tular di Twitter, barisan kereta yang panjang dapat dilihat di sebuah cawangan McDonald's di Moscow.

Kamera menyorot sekeliling untuk menunjukkan barisan kereta yang tersangat panjang sedang menunggu giliran untuk membuat pesanan. - India.com

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain