suria

Wartawan AS maut, 2 cedera selepas kereta dibedil tentera Rusia

Brent Renaud maut terkena tembakan di leher.

SEORANG wartawan yang juga produser filem dari Amerika Syarikat (AS) terkorban selepas terkena tembakan tentera Rusia di Irpin, dekat Kyiv, pada Ahad.

Brent Renaud yang terkena tembakan di leher maut, manakala dua wartawan lain cedera dan dikejarkan ke hospital, menurut ketua polis wilayah Kyiv, Andrey Nebitov.

Ketika kejadian, wartawan berusia 50 tahun itu berada di dalam kereta bersama petugas media asing yang lain apabila tentera Rusia melepaskan tembakan ke arah kenderaan mereka, menurut laporan.

Video yang viral di Twitter menunjukkan rakan sepasukan Renaud berada di atas usungan di hospital.

Sementara itu foto yang berlegar di media sosial juga menunjukkan tubuh Renaud yang berlumuran darah sebahagiannya ditutup di bawah selimut.

Pertempuran di Irpin semakin rancak sejak kebelakangan ini apabila tentera Vladimir Putin cuba mengepung ibu negara Ukraine itu. - Metro.co.uk

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain