suria

Ibu kantoi jual video ghairah, anak-anak terima kesan... dihalang sertai kelab sukan di sekolah

Biarpun menerima pandangan negatif netizen, Sara berkata dia enggan berselindung dengan anak-anaknya. (Gambar Hiasan)

MALANG menimpa empat kanak-kanak apabila kerjaya si ibu menjadi punca mereka gagal menyertai kelab sukan.

Menurut Sara Blake-Cheek yang menjana pendapatan melalui video seksi di laman OnlyFans, keluarganya menerima kesan buruk akibat pilihan kerjanya itu.

Dedah Sara yang menetap di Florida, Amerika Syarikat, dia mula menyertai OnlyFans pada tahun 2020.

"Sebelum OnlyFans, saya merupakan pemilik salon. Saya ada salon di Tennessee dan Kansas, kedua-duanya pernah menang anugerah.

"Ketika pandemik, saya mula viral di TikTok dan pengikut mula tanya sekiranya saya ada OnlyFans," ujarnya.

Menurut Sara, dia pernah menjana sehingga £22,800 (RM124,791) sebulan menerusi video-video di laman OnlyFans.

Biarpun dapat memberikan hidup mewah buat anak dan keluarga, dia turut terkilan dengan layanan yang diterima.

"Anak-anak saya mengalami pengalaman buruk dalam sukan bola sepak dan cheerleading apabila mereka dihalang untuk menyertainya.

"Kalau saya tak buat OnlyFans pun, saya tetap akan dihakimi ibu bapa pelajar lain, sebab saya berpakaian seksi," ujarnya lagi.

Biarpun menerima pandangan negatif netizen, Sara berkata dia enggan berselindung dengan anak-anaknya. - Daily Star.

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain