MIMPI ngeri buat satu pasangan bakal pengantin apabila penganjur venue membatalkan majlis perkahwinan mereka. Seorang pengantin kesal apabila pengumuman mengenai pembatalan venue itu hanya dimaklumkan menerusi media sosial, bukannya secara bersemuka atau panggilan telefon. Jade White, 29, dari Atherton, Greater Manchester di United Kingdom menempah venue majlis perkahwinannya di sebuah hotel di Charnock Richard, empat tahun lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin perempuan tampil anggun dengan busana seberat 100 kilogram! ARTIKEL BERKAITAN: Pengantin lelaki muncul selepas 3 jam ditembak, bersanding dengan peluru tertanam di bahu Bagaimanapun, pandemik Covid-19 menyebabkan dia terpaksa menjadualkan semula majlis perkahwinannya sebelum memuktamadkannya pada bulan lalu. Ibu kepada dua anak itu kemudian berkunjung ke laman Facebook hotel tersebut dan menyedari terdapat posting mengumumkan ia akan ditutup, menyebabkan majlis perkahwinan dibatalkan. Menurutnya, dia dan tunang, Adam Flitcroft, 30, tidak pasti sama ada mereka akan mendapat semula bayaran £4,250 (RM23,316) yang telah dibayar, atau perlu mencari lokasi baharu. "Paling teruk ialah segala-galanya untuk majlis perkahwinan sudah siap, baju dan cincin telah dibeli, kek telah ditempah, hiasan sudah dibeli, dan jemputan juga telah dihantar. "Kami pergi ke serata tempat untuk mencari venue yang terbaik dan ia telah ditempah empat tahun lalu. Malah kami buat pinjaman untuk menampung kos," katanya. Sementara itu, hotel tersebut dilaporkan dalam siasatan kerana menutup operasi tanpa notis. - Metro Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI