suria

Kecoh insiden Putin patahkan pensel ketika rundingan bersama Ukraine

Putin mematahkan sebatang pensel dalam satu rundingan pada 2015. foto www.ruptly.tv

PRESIDEN Rusia, Vladimir Putin dilihat mematahkan sebatang pensel sewaktu rundingan damai antara negaranya bersama Jerman, Perancis dan Ukraine pada 2015.

Pengulas mendakwa keadaan itu menunjukkan betapa kemarahan Putin begitu membara.

Insiden tersebut berlaku ketika konflik terakhir antara Ukraine dan Rusia.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Seluruh hidup' musnah! Influencer Rusia menangis teresak-esak Putin sekat Instagram

ARTIKEL BERKAITAN: Pemain bola sepak Rusia Smolov kutuk Putin, perang ke atas Ukraine

Pemimpin setiap negara mencapai perjanjian gencatan senjata pada Februari tahun itu selepas rundingan berlangsung selama 17 jam di Minsk, Belarus.

Presiden Perancis ketika itu, François Hollande berkata, perjanjian meliputi semua isu yang menjadi perbalahan, termasuk kawalan sempadan, desentralisasi dan penyambungan semula hubungan ekonomi.

putin pensel 1 euroradio.fm

Sebatang pensel dipatahkan kepada dua. foto euroradio.fm

Pada masa itu juga aksi Putin sedang mematahkan sebatang pensel dirakamkan.

Menurut pengulas, dahi Putin juga kelihatan berurat, menunjukkan tanda-tanda 'kebimbangan' atau kemarahan kerana Rusia terpaksa ditundukkan oleh Barat.

Insiden yang berlaku tujuh tahu lalu kembali hangat diperkatakan apabila Ukraine memaklumkan bahawa ia bersedia untuk berunding mengenai penamatan pencerobohan berdarah ke atas negaranya, tetapi tidak akan menyerah atau menerima sebarang kata dua. - Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain