suria

Sistem imuniti berkurang, suntikan dos keempat perlu - CEO Pfizer

Suntikan dos keempat vaksin Covid-19 perlu. - Foto Joe Raedle/getty image

KEBANYAKAN masyarakat perlu mendapatkan dos keempat vaksin Covid-19 supaya mereka terus dilindungi daripada pelbagai varian virus berkenaan.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla, ia berikutan dua suntikan awal dan dos penggalak yang diberikan sebelum ini tidak dapat melindungi masyarakat daripada varian yang ada selain tidak bertahan lama dalam sistem imuniti badan.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak KJ diberi dos vaksin Covid-19 ikut prosedur - Jururawat

ARTIKEL BERKAITAN: Kes remaja meninggal dunia selepas suntikan vaksin Covid-19, KKM cadang ujian tambahan terhadap sampel tisu - Khairy

"Pada masa ini, perlindungan yang diperoleh daripada suntikan ketiga sudah cukup baik. Tapi untuk kes kemasukan ke hospital dan kematian, ia tidak begitu baik kerana tidak bertahan lama," katanya.

Beliau berkata demikian pada Ahad (13 Mac) semasa temu bual di 'Face The Nation' CBS apabila ditanya sama ada rakyat Amerika boleh mendapatkan suntikan penggalak Covid-19 secara tahunan pada setiap musim gugur.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer Albert Bourla.

Pfizer dan syarikat lain sedang mengusahakan dos vaksin yang akan melindungi masyarakat daripada sebarang varian pada masa hadapan.

"Omicron adalah varian pertama yang dapat mengelak daripada 'serangan' sistem imunisasi yang kami berikan," kata Bourla kepada hos Margaret Brennan.

"Apa yang kami cuba lakukan sekarang ini adalah untuk membuat vaksin yang akan melindungi masyarakat daripada semua varian, termasuk Omicron. Sekurang-kurangnya setahun," katanya. - nypost

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain