suria

Langit Sepanyol bertukar jingga, rakyat dinasihat jangan keluar rumah... rakyat Britain juga bakal terancam

Kualiti udara di beberapa wilayah Selatan Sepanyol terjejas teruk dan penduduk setempat diminta kurangkan masa di luar rumah. -Gambar Carlos Barba

LANGIT di beberapa wilayah Sepanyol bertukar jingga berikutan debu dan udara panas dari Gurun Sahara melintasi Mediterranean.

Ribut Celia membawa debu dari padang pasir ke bahagian selatan Sepanyol antaranya Madrid dan Murcia.

ARTIKEL BERKAITAN: Balu kecewa didenda RM548 gara-gara bawa anjing ziarah kubur

ARTIKEL BERKAITAN: Sistem imuniti berkurang, suntikan dos keempat perlu - CEO Pfizer

Malah, pada Isnin, Jabatan kaji cuaca Sepanyol telah memberi amaran awal kepada penduduk dan meminta mereka tidak berada di luar rumah untuk tempoh yang lama.

Mereka turut mengesyorkan penggunaan topeng selepas penilaian kualiti udara dilihat sangat buruk dan kemungkinan beracun.

Perubahan udara juga telah menjejaskan Kepulauan Canary dan Kepulauan Balearic.

Langit berwarna jingga kekuningan. Ribut Celia membawa debu dari Gurun Sahara.

Langit berwarna jingga kekuningan.

Terdahulu, Ketua Klinikal Asthma United Kingdom (UK) Dr Andy Whittamore memberi amaran tentang risiko kesihatan yang berpunca daripada debu Sahara.

"Udara beracun boleh menyebabkan orang ramai sukar bernafas dan boleh menyebabkan semput, batuk, sesak nafas dan juga serangan asma yang mengancam nyawa.

"Ia juga boleh menimbulkan risiko serius kepada 5.4 juta orang penduduk UK yang menghidap asma.

Kereta dipenuhi debu Sahara yang memenuhi ruang udara Sepanyol.

Kereta dipenuhi debu Sahara yang memenuhi ruang udara Sepanyol.

"Oleh itu, penghidap asma perlu memastikan mereka membawa inhaler pada setiap masa," katanya.

Pada Rabu, pembaca berita kaji cuaca BBC Carol Kirkwood memaklumkan keadaan udara yang teruk itu akan menjejaskan warga Britain tidak lama lagi.

"Kualiti udara yang sangat buruk di beberapa bahagian Sepanyol dan ia boleh menjejaskan kita (Britain) di tenggara dan Anglia Timur pada hari Rabu," katanya. - Mirror

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain