suria

Ingin kelihatan seperti patung barbie, wanita sanggup lakukan pembedahan plastik... kos melebihi setengah juta

Tara sanggup berbelanja ratusan ringgit demi pembedahan plastik.

SEORANG wanita mengaku dirinya sebagai 'patung barbie' selepas melakukan pembedahan bernilai £110,000 (RM604,228.62).

Difahamkan kelibat Tara Jayne McConachy yang berusia 33 tahun kelihatan di Melbourne, Australia pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: Bapa namakan 4 anak dengan hanya 1 huruf... alasannya kalau nama panjang pun tetap disebut pendek

ARTIKEL BERKAITAN: Label Putin sebagai ‘psikopat’, mayat model Rusia ditemui dalam beg pakaian setahun selepas dilaporkan hilang

Malah, dia juga tidak terkejut apabila semua mata tertutumpu pada dirinya disebabkan penampilan seperti anak patung.

Dia kemudian menjadi terkenal selepas muncul di Botched, rancangan tentang pembedahan plastik yang disiarkan di saluran The E!.

Tara mahu kelihatan seperti patung barbie.

Tara mahu kelihatan seperti patung barbie.

Selain melakukan lima kali pembedahan plastik untuk membesarkan payudara, Tara juga telah menjalani pembedahan rhinoplasty, implan punggung, venir dan botox.

Tetapi usahanya untuk kelihatan plastik dan hebat masih jauh dari selesai.

Bintang TV yang sebelum ini mempunyai implan payudara yang jauh lebih besar, bagaimanapun mengeluarkannya kerana ia memberinya masalah belakang.

Katanya, dia berharap dapat membesarkan lagi saiz payudara dan melicinkan kulitnya di samping mendapatkan penampilan yang lebih muda. - Daily star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

Artikel Lain